Tuesday 15 May 2012

Air simpanan di lautan



Sebenarnya lebih banyak air disimpan dalam "stor" bumi iaitu lautan untuk suatu jangka masa yang lama daripada ia melalui proses kitaran air. Lebih kurang 1,338,000,000 kilometer kubik ( 321,000,000 batu kubik ) bagi jumlah air simpanan dunia iaitu sebanyak 1,386,000,000 kilometer kubik ( 332,500,000 batu kubik ) disimpan di dalam lautan dunia. Kuantiti ini ialah lebih kurang 96.5 peratus. Lautan akan membekalkan sebanyak 90% daripada air sejatan yang terdapat dalam proses kitaran air.


Kuantiti air dalam lautan akan berubah apabila melalui suatu tempoh masa yang panjang. Semasa tempoh iklim yang lebih sejuk, lebih banyak kemuncak ais dan glasier akan terbentuk yang mengakibatkan pengurangan dalam kuantiti air laut. Keadaan sebaliknya akan berlaku semasa musim panas. Semasa zaman air batu, paras air laut adalah 122 meter ( 400 kaki ) lebih rendah daripada zaman sekarang. Apabila keadaan bumi adalah lebih panas pada 3 juta tahun yang lalu, paras air laut mungkin berada pada 50 meter ( 165 kaki ) lebih tinggi.

Pergerakkan dalam lautan

Arus-arus dalam lautan akan menyebabkan pergerakkan kuantiti air yang besar mengelilingi dunia. Pergerakkan ini akan mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap proses kitaran air dan iklim dunia. "Gulf stream" adalah sangat popular,iaitu pengaliran air sungai yang panas di Lautan Atlantik yang bergerak daripada Teluk Mexico ke Great Britain. Gulf Stream menggerakkan lebih daripada 100 kali jumlah air sungai di dunia ini dengan kelajuan sebanyak 97kilometers ( 60 batu ) dalam satu hari.

No comments:

Post a Comment