Tuesday 15 May 2012

Sejatan

Perubahan air daripada cecair kepada gas

Sejatan ialah suatu proses yang melibatkan perubahan air daripada cecair kepada gas atau wap. Proses ini merupakan cara yang penting bagi air untuk menyerap semula ke dalam kitaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera. Lautan, laut, tasik,dan sungai membekalkan lebih kurang 90% lembapan atmosfera melalui proses sejatan, dengan 10% lagi melalui proses transpirasi tumbuhan.

Bahangan ( tenaga ), daripada matahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang memegang molekul-molekul air bersama.Hal ini dapat menjelaskan sebab air dapat menyejat dengan mudah pada titik didih ( 212° F, 100° C ) dan sejatan semakin berkurang apabila mendekati titik beku. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100 % (dalam fasa tepu), sejatan tidak akan berlaku.Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling kita, maka inilah sebab utama sejatan daripada permukaan kulit dapat menyejukkan badan kita.

Sejatan dan proses kitaran air

Sejatan daripada lautan adalah cara utama penyerapan air laut ke dalam atmosfera. Permukaan laut yang luas ( lebih daripada 70% daripada permukaan bumi dilitupi oleh lautan ) membolehkan sejatan dapat berlaku secara besar-besaran.Secara global,kuantiti air yang hilang secara sejatan akan dikembalikan pada kuantiti yang sama ke permukaan bumi melalui titisan air hujan. Tetapi penerimaan air hujan adalah tidak sekata dan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi sesebuah negara. Proses sejatan lebih mudah berlaku daripada hujan di kawasan lautan manakala hujan mudah didapati daripada proses sejatan di kawasan daratan.Sebahagian besar air sejatan daripada laut akan kembali semula ke dalam lautan sebagai titisan air hujan.Hanya 10% daripada air sejatan laut akan dipindah ke daratan melalui proses hujan.Molekul air akan berada di udara selama 10hari selepas melalui proses sejatan.

No comments:

Post a Comment