Tuesday 15 May 2012

Kerpasan

Proses pelepasan air daripada awan

Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu. Proses ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses berlaku dalam bentuk air hujan.

Bagaimana titisan air hujan terbentuk?

Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil,tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia. Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera.Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.

Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan masa

Penerimaan air hujan adalah tidak sekata bagi dunia ini,sungguhpun bagi sesebuah negara atau bandar. Sebagai contoh,di Atlanta ,Georgia, USA, hujan kilat pada musim panas akan menyebabkan penerimaan air hujan lebih sebanyak satu inci atau lebih.Hal ini pula menyebabkan keadaan menjadi lebih kering di kawasan yang terletak sejauh beberapa kilometer daripadanya. Tetapi kuantiti air hujan yang diterima oleh Georgia dalam satu bulan sering adalah lebih banyak daripada penerimaan air hujan oleh Las Vegas,Nevada dalam satu tahun. Rekod dunia bagi penerimaan purata tahunan bagi air hujan dipegang oleh Mt.Waialeale,Hawaii,iaitu lebih kurang 1,140cm ( 450 inci) dalam satu tahun.Hal ini menunjukkan perbezaan ketara dengan negara Afrika, Chile iaitu negara-negara yang tidak mengalami hujan selama 14 tahun.

Peta di sebelah menunjukkan purata air hujan tahunan dalam milimeter dan inci bagi seluruh dunia ini. Kawasan hijau cerah boleh dianggap sebagai kawasan "gurun". Kemungkinan besar anda menganggap kawasan Sahara di Afrika ialah kawasan gurun tetapi pernahkan anda juga menganggap Greenland dan Antartika sebagai kawasan gurun juga?

No comments:

Post a Comment