Tuesday 15 May 2012

Kondensasi

Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair

Kondensasi ialah proses pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair. Proses ini memainkan peranan penting kepada kitaran air kerana kondensasi penting dalam proses pembentukkan awan.Awan seterusnya pula menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air sejatan kembali semula ke bumi.Kondensasi ialah proses yang terbalik bagi sejatan.

Kabus juga berlaku sebagai akibat daripada proses kondensasi dan juga menyebabkan berlakunya keadaan cermin mata anda yang menjadi kabur apabila anda berpindah daripada sebuah bilik yang sejuk kepada luar bilik pada suatu hari yang panas serta lembap, bagi titisan air yang meleleh pada permukaan luar gelas anda, serta bagi pembentukkan air pada permukaan dalam tingkap di rumah anda pada hari yang sejuk.
Proses kondensasi di udara.


Sungguhpun pada suatu hari yang cerah tanpa litupan awan, udara masih mengandungi air yang berada dalam bentuk wap atau titisan air yang adalah terlalu keciluntuk dilihat oleh mata kasar kita. Molekul-molekul air akan bergabung dengan partikel debu, garam dan asap di udara untuk membentuk titisan awan yang seterusnya akan bergabung dengan titisan-titisan awan yang lain untuk membentuk awan.Titisan air yang bergabung sesama sendiri akan bertambah dari segi saiz dan seterusnya menyebabkan berlakunya kerpasan.

Awan terbentuk di atmosfera kerana udara yang mengandungi wap air akan bergerak ke permukaan atas atmosfera dan menyejuk.Matahari akan memanaskan udara di sekitar permukaan bumi dan menyebabkan udara tersebut menjadi lebih ringan dan meningkat ke kawasan yang lebih sejuk.Dengan suhu yang semakin rendah,maka lebih banyak proses kondensasi dapat berlaku yang seterusnya meningkatkan pembentukkan awan di atmosfera.

No comments:

Post a Comment